Tuesday, February 8, 2011

Guidelines on re-importation

Garis Panduan Prosedur Import Semula Barangan Yang Telah Dieksport

1. Satu garis panduan berhubung pengimportan semula barangan keluaran tempatan yang telah dieksport dan kemudiannya diimport semula telahpun dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia kepada semua Pejabat-Pejabat Kastam Negeri. Untuk makluman tuan juga, barangan yang telah dieksport dan kemudiannya diimport semula bermaksud barangan yang telah dieksport ke luar negara termasuk zon bebas yang kemudiannya diimport semula ke Kawasan Utama Kastam (KUK). Manakala barangan diimport semula untuk diproses semula (Re-processing) bermaksud barangan yang perlu melalui proses pengilangan semula sepenuhnya atau sebahagiannya selepas diimport semula.

2. Mekanisma yang ada bagi membolehkan barangan keluaran tempatan yang dieksport dan kemudiannya diimport semula sama ada untuk dijual atau dilupuskan di pasaran tempatan atau diproses semula boleh menuntut pengecualian seperti berikut:

2.1 Butiran 68 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 iaitu bagi barangan keluaran atau pengilangan tempatan dieksport dan kemudiannya diimport semula. Di antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pengimport ialah:

(i) Barangan boleh dikenalpasti dengan memuaskan Pegawai Kastam Yang Hak.

(ii) Barangan diimport semula dalam tempoh satu tahun dari tarikh ianya dieksport.

(iii) Tiada tuntutan tarikbalik di bawah seksyen 99 Akta Kastam 1967 dibuat semasa barangan dieksport.

(iv) Tiada pengecualian atau remisi duti eksais telah dibenarkan semasa barangan dieksport.

(v) Pengimport adalah dikehendaki membayar cukai jualan jika barangan tersebut dijual ke pasaran tempatan. Pada dasarnya barangan keluaran tempatan adalah tertakluk kepada Cukai Jualan jika ia dijual atau dilupuskan ke pasaran tempatan.

2.2 Butiran 69, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Butiran 75, Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980 iaitu bagi barangan keluaran/pengilangan tempatan dieksport dan kemudiannya diimport semula untuk diproses semula. Di antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pengimport ialah:-

(i) Barangan boleh dikenalpasti dengan memuaskan Pegawai Kastam Yang Hak.

(ii) Barangan diimport semula dalam tempoh satu tahun dari tarikh ianya dieksport.

(iii) Di bawah Butiran 75, Jadual B Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980, barangan hendaklah dikembalikan kepada pengilang Berlesen yang berkenaan untuk diproses
semula.

3. Untuk makluman tuan, barangan keluaran tempatan yang dieksport dan kemudiannya diimport semula adalah disebabkan ‘direject’ oleh pihak luar negara atas sebab-sebab seperti berikut:

3.1.1 Kualiti yang tidak memuaskan.

3.1.2 Gagal memenuhi spesifikasi.

3.1.3 Lain-lain seperti:

i. Barangan yang tersilap dihantar atau tidak seperti yang ditempah,
ii. Terlebih kuantiti,
iii. Rosak atau cacat ketika dieksport,
iv. Barangan yang berubah akibat dari kesan tindakbalas chemical, cuaca atau lain-lain yang tidak dapat dikawal.

4. Walaubagaimanapun terdapat juga barang-barang yang tidak layak menuntut pengecualian di bawah butiran di atas. Antara barangan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

4.1 Barangan yang tertakluk di bawah Perintah Larangan kecuali dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

4.2 Barangan yang gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti di para 3.1, 3.2 dan 4.

5. Dalam melaksanakan kemudahan terhadap barangan yang diimport semula ini, pengimport adalah bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:-

5.1 Mengemukakan Borang Kastam No. 1 bagi pengikraran barangan yang diimport semula bersama klausa sijil pengecualian yang telah ditetapkan seperti berikut:

“Saya dengan ini mengakui bahawa barang-barang yang tersebut di atas adalah *diimport oleh/dieksport oleh/dibekalkan kepada …………………………………….…………………………………………
……………………….. (Nama dan alamat orang atau badan bagi siapa pengecualian dituntut) dan pengecualian dari duti kastam adalah dituntut di bawah Butiran 68/69* Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan dibawah butiran 75 Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980 tertakluk kepada syarat-syarat di bawahnya.
* Potong mana yang tidak berkenaan

Tandatangan ............................
Nama........................................
No. Kad Pengenalan.................
Tarikh........................................
Pangkat.....................................

5.2 Mengemukakan Borang Kastam No. 2 (salinan) bagi pengeksportan terdahulu untuk barangan yang sama yang diimport semula.

5.3 Mengemukakan lain-lain dokumen sokongan import seperti inbois, bill of lading dan packing list.

5.4 Mengemukakan lain-lain dokumen sokongan bagi eksport asal seperti inbois, packing list, shipping note/airway bill, permit eksport (jika berkaitan), certificate of origin [(barangan berasal atau buatan Malaysia) jika ada].

5.5 Mengemukakan surat penolakan (rejection letter) bagi barangan diimport semula yang dikeluarkan oleh pihak di luar negara dengan menyatakan:

• diskripsi barangan;
• kuantiti;
• alasan penolakan;
• nombor siri, nombor enjin dan jenama, di mana berkenaan.

6. Bagi barangan yang diimport untuk diproses semula di bawah Butiran 69/75 di premis/kilang, pengimport dikehendaki memohon kelulusan stesen yang mengawal kilang berkenaan. Begitu juga bagi barangan yang hendak dimusnahkan, prosedur yang telah digariskan bagi maksud pemusnahan hendaklah dipatuhi. Manakala bagi barangan yang dituntut pengecualian dibawah Butiran 68 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988, hanya duti import sahaja yang layak dikecualikan. Manakala cukai jualan dan duti eksais terlibat hendaklah dibayar (jika berkenaan).

7. Lain-lain tanggungjawab pengimport: sebelum barangan dibawa masuk ke premis kilang berlesen bagi tujuan proses semula:

7.1 Pengimport hendaklah mengemukakan permohonan terlebih dahulu ke stesen yang mengawal kilang untuk kelulusan.

7.2 Pekilang dipertanggungjawabkan supaya barangan yang dibawa masuk semula adalah yang telah diluluskan dan diakaunkan dengan benar dan tepat.

7.3 Memastikan barangan yang sama setelah siap diproses semula di premis kilang hendaklah dieksport semula ke negara yang berkenaan.

7.4 Bagi barangan yang gagal dieksport semula atas sebab-sebab tertentu dan pekilang berhasrat untuk menjualnya ke pasaran tempatan, kelulusan hendahlah diperolehi terlebih dahulu dari pihak stesen yang mengawal. Manakala duti eksais atau cukai jualan yang terlibat (yang mana yang berkenaan) hendaklah dibayar.

November 2007

Sumber : Kastam Diraja Malaysia

Apakah B/L?

B/L merupakan dokumen yang paling penting di antara dokumen-dokumen perkapalan. Sebaik sahaja syarikat perkapalan menerima barangan daripada pengeksport dan memuatkannya ke dalam kapal, mereka akan mengeluarkan B/L sebagai pertukaran. Pengeluaran B/L daripada syarikat perkapalan kepada pengeksport bermakna bahawa syarikat perkapalan mengakui telah menerima barangan dan bersetuju mengangkut barangan tersebut ke pelabuhan destinasi seperti yang ditentukan oleh pengeksport.

B/L merupakan sijil hak milik dan pemegang B/L mempunyai hak menuntut barangan sebagai pertukaran kepada B/L.

B/L boleh dipindahmilik kepada pihak lain dengan kebenaran pemegangnya.

Adakah wujud sekatan ke atas eksport?

Di Malaysia, sesiapa sahaja boleh berkecimpung di dalam perniagaan eksport. Barangan boleh dieksport ke mana-mana negara kecuali ISRAEL.

Kawalan eksport hanya diadakan dalam kes-kes tertentu, contohnya untuk barangan di mana bekalan adalah terhad, sensitif dan strategik, merbahaya, dan di kawal serta disekat melalui perjanjian antarabangsa atau demi melindungi spesis hidupan liar yang terancam.