Wednesday, June 16, 2010

Cara-cara memohon Sijil Tempasal

SIJIL TEMPASAL (Certificate of Origin)
- Satu sijil pengesahan tentang tempat asal sesuatu produk yang dihasilkan dan memerincikan maklumat produk yang ingin dieksport melalui pengisytiharan di dalam satu format borang yang telah ditetapkan oleh badan-badan dan agensi-agensi yang terlantik.

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi memohon pengesahan Sijil Tempasal tersebut telah dibahagikan kepada 2 peringkat adalah seperti berikut :

Peringkat pertama : Kelayakan

1. Surat Jaminan (Letter of Indemnity) mengikut format yang telah disediakan dimana hendaklah dihantar seminggu sebelum mendapatkan pengesahan sijil tempasal
2. Surat Akuan Berkanun mengikut format yang telah disediakan.
3. Salinan Pendaftaran Syarikat (Borang 9) atau Pendaftaran Perniagaan (Borang D), Borang 24 & Borang 49.
4. Lesen Pengilangan
5. Borang Analisis Kos - jika perlu.

Peringkat kedua : Pengesahan

1. Borang Sijil Tempasal yang lengkap diisi
2. Invois Perdagangan
3. Invois Pembekal jika ada
4. Packing List
5. Bill of Lading atau Air Way Bill
6. Borang Pengisytiharan Kastam (K2) dan resit
7. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan bagi tujuan eksport dan eksport semula dari Malaysia apabila diperlukan oleh DPMMS.

No comments:

Post a Comment